Nak design baju T-shirt keluarga yang memang unik habis? Senang je guna Canva! Tapi sebelum tu…
Kenapa nak design sendiri baju T-shirt keluarga?
Jawapannya ialah bukan semua kedai ada servis custom-made.
Tapi kalau design baju sendiri, boleh kami nak tunjuk betapa pentingnya baju keluarga ni, bagitau dunia yang keluarga kita memang special gila dalam hati kita…
Bawah adalah contoh baju keluarga yang design guna aplikasi Canva:
Apa itu Canva?
Canva adalah satu software design untuk orang biasa ataupun orang yang tak pandai design buat macam-macam design.
Contohnya poster, logo, kad nama, dan tentunya baju T-shirt yang kita nak cakap hari ni…
Yang paling best, versi percuma Canva ni dah memadai untuk kebanyakan orang! Tak perlu apa-apa costing, hanya sedikit masa sahaja!
Ok, marilah kita mulakan tutorial kita!
Langkah Pertama: Buka Canva
Kalau guna komputer, cari je Canva dalam browser. Kalau guna telefon atau tablet, kena download dulu Canva di App Store atau Google Play Store.
Bagi saya, lebih baik guna komputer sebab lagi senang.
Bila dah siap buka Canva, boleh log masuk guna akaun Google anda.
Lepas tu, kalau guna komputer atau tablet, klik butang “Create a design” kat kanan atas.

Kalau guna telefon pula, klik butang “+” kat bawah.

Dalam tu, search “T shirt” dan pilih yang pertama.

Langkah Kedua: Pilih template yang anda suka
Kat bahagian kiri (komputer/tablet) atau bawah (telefon), anda akan jumpa “Template” yang penuh dengan pelbagai template yang boleh anda pilih.

Tapi pastikan pilih yang takde simbol ♛ kat kanan bawah tu, sebab tu yang kena bayar.
Langkah Ketiga: Sesuaikan elemen dalam template
Lepas dah pilih template, klik je template tu. Terus masuk dalam canvas.
Pastu, anda boleh adjust apa-apa dalam template tu, macam font, warna, susunan, dan sebagainya…
Tapi kalau nak tambah gambar sendiri, klik “Uploads” dan masukkan gambar anda.

Langkah Keempat: Export design anda
Lepas dah puas hati dengan design, klik je panah kat kanan atas (kalau dalam komputer ada tulis Share).

Pastu klik “Download”, pilih “PDF Print” dalam “File type”!

Lepas ni design dah siap! Tapi kalau nak tengok mockup baju anda, klik sini untuk baca artikel berkaitan.
Contoh Mockup:

Langkah Kelima: Hantar design kat kilang print
Anda boleh cari kilang print online atau offline, dan hantar design anda kepada kilang. Biasanya, anda hanya perlu bagi tahu size baju dan jumlah yang anda nak.
Harap korang dapat baju keluarga yang padu dan harmoni!
———————————-
Lepas baca semua ni, masih tak dapat design t-shirt keluarga yang berpuas hati? Tak perlu risau, klik butang kat bawah ni untuk dapatkan servis design dengan harga yang berpatutan!
———————————-
Nak baca lagi pasal design? Check out artikel-artikel ni:
Cara buat logo syarikat free
Cara buat slide presentation